Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wbt.

It has been quite a while since i last posted something here. I would like to take this opportunity to wish everyone happy Eid Mubarak. May Allah swt bless us all, ameen. I will be working on the 4th day of Raya, but nevertheless my house (parents actually..hehe) is open to all on other days. Please feel free to drop by =)

Thursday, August 6, 2009

Perkongsian bersama

Assalamualaikum semua.

Hari ni sy nak kongsi 1 artikel yg sy ambil dr blog Ummu husna di http://ummuhusna99.blogspot.com/2009/08/mari-bantu-diri-dan-suami.html
Semoga kita semua dapat mengambil pelajaran darinya, terutama buat diri sy ini.

MARI BANTU DIRI DAN SUAMI


“ As dah solat ?” tanya suami sewaktu sesi rehat selepas makan tengahari.

“ Belum lagi “ jawab saya ringkas. Sememangnya saya menunggu-nunggu ketika yang sesuai untuk menunaikan solat memandangkan di dalam dewan tersebut penuh dengan ahli keluarga lain yang turut serta, dari kaum bapa, ibu dan anak-anak mereka.

Sabtu itu, saya sekeluarga menghadiri Hari Keluarga Warga Lampeter yang berlansung di Dewan Milennium, Cellan; lebih kurang 20 minit perjalanan menaiki kereta dari pekan kecil Lampeter.

“ Rasanya ok dah nak solat ni, orang lelaki semua ada di luar . Solehah, biar abang pegang,” cadang suami. Saya menghulur Solehah ke dalam dukungannya.

“ As solat di hujung sudut belah sana. Agak terlindung dan tidak nampak bahagian belakang ketika rukuk dan sujud,” tambah suami bila melihat saya tertinjau-tinjau tempat yang sesuai. Suami menunjuk ke bahagian kiri belakang dewan. Kelihatan beberapa orang lain dari kaum ibu dan anak-anak perempuan juga telah bersedia berwudhuk untuk menunaikan kewajipan. Saya menghampar sejadah lalu mempelawa mereka untuk solat bersama. Berjamaah.

SANGAT MENGAMBIL BERAT
Saya bersyukur kerana suami seorang yang sangat menitiberatkan penjagaan aurat. Bukan sekadar menutup tetapi juga memeliharanya dari pandangan yang tidak wajar. Walaupun saya telah berjubah dan memakai tudung labuh namun suami masih tetap mengambil perhatian terhadap penjagaan aurat saya sebaiknya. Antara saranannya ialah memakai seluar panjang di sebelah dalam, juga berstoking warna gelap.

Seterusnya, ketika berada di kampung bersama adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara, suami sering mengingatkan agar saya menutup kaki sepenuhnya ketika duduk bertimpuh.

“ Tarik sedikit hujung kain agar menutup seluruh kaki bila duduk,” suami mengingatkan.

Walaupun ada sedikit keringanan (rukhsah ) terhadap aurat perempuan ketika bersama adik beradik dan ipar duai, iaitu boleh untuk tidak memakai stoking dan menampakkan pergelangan tangan bagi memudahkan bergerak dan melakukan kerja-kerja di dapur terutamanya, namun keringanan itu harus digunakan seminimum mungkin.

Kerana itu, dalam kebanyakan waktu saya lebih selesa memakai pakaian lengkap menutup aurat, lebih-lebih lagi bila kaum keluarga termasuk ipar duai dan rakan-rakan berkunjung ke rumah kami di Puchong Indah. Saya sering mengingat dan memuhasabah diri terhadap anjuran Rasulullah SAW , yang bermaksud :

“Jagalah auratmu, kecuali dari (penglihatan) suamimu”
Kemudian Baginda ditanya pula, “Bagaimana apabila seorang perempuan bersama dengan sesama kaum perempuan ?”
Maka Baginda menjawab, “Apabila engkau mampu untuk tidak menampakkan aurat kepada sesiapapun maka janganlah kau nampakkan kepada sesiapapun.”
Lalu Baginda ditanya lagi, “Bagaimana pula apabila salah seorang dari kami (kaum perempuan) sedang bersendirian ?”
Maka Baginda menjawab, “Engkau lebih harus merasa malu kepada Allah daripada kepada sesama manusia.” ( Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya dengan sanad hasan, lihat Fiqhu Sunnah lin Nisaa’, halaman 381).

Dari mafhum hadis di atas, jika dalam lingkungan kaum perempuan sekalipun sebaik-baiknya aurat ditutup sempurna, tanpa ada keperluan memperlihatkannya, apatah lagi bila berada dalam lingkungan keluarga bersama ipar duai lelaki.

SEMPURNA MELINDUNGI
“ Ummi, boleh tak Kak Long pakai baju ni ? “ anak sulung saya bertanya sambil menunjukkan sehelai baju t-shirt. Baju itu berlengan panjang warna hijau pucuk pisang, tetapi labuhnya sekadar menutup sedikit sahaja bahagian punggung.

“ Kak Long nak pakai waktu Hari Keluarga nanti,” jelas Kak Long lagi. Saya memandang wajahnya. Saya tahu dia amat berharap saya memberikan kebenaran.

“ Dulu Ummi pernah beritahu Kak Long dan Kak Ngah, ingat tak?” soal saya terlebih dahulu sebelum menjawab pertanyaannya.

“ Bagitau apa Ummi, Kak Long tak ingatlah,” jawab Kak Long berterus terang.

“ Ummi pernah beritahu, pakaian seorang perempuan Islam bukan sekadar cukup menutup seluruh tubuh sahaja tetapi juga sempurna untuk melindungi pemakainya ketika ia duduk, membongkok dan melakukan pergerakan lainnya,” saya berhenti seketika untuk memberi ruang kepada Kak Long menyerap maklumat.

“ Jadi, walaupun baju Kak Long nampak sudah menutup aurat, berlengan panjang dan dari kain yang tidak jarang, tetapi labuh baju tu tak cukup panjang. Tidak cukup sempurna melindungi badan Kak Long dari terlihat oleh orang lain ketika Kak Long tunduk dan membongkok,“ ulas saya sekaligus menjawab pertanyaannya tadi. Kak Long mengangguk, tetapi ada sedikit kekecewaan pada riak mukanya. Saya mengerti.

“ Macam ni, Kak Long pakai baju ni sebelah dalam dan pakai gaun tanpa lengan yang baru Ummi beli tempoh hari di sebelah luar. Tentu lagi menarik,” cadang saya memberikan alternatif. Terpancar kembali sinar gembira pada wajahnya. Syukur, bisik saya.

CANTIK DEPAN SUAMI TETAPI DI LUAR?
Seorang Muslimah, seluruh tubuh badannya wajib dilindungi dari pandangan lelaki ajnabi kecuali muka dan tapak tangan. Demikian pendapat jumhur ulama’ zaman berzaman. Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin lainnya, hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbab keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu." ( Surah Al-Ahzab ayat 59)

Dan firmanNya lagi yang bermaksud :

"Katakanlah kepada perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka, memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak darinya. Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,ayah mereka,ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kalian kepada ALLAH SWT, wahai orang-orang yang beriman supaya kalian beruntung."( Surah An-Nur ayat 31)

Sayangnya, tidak ramai wanita zaman moden hari ini yang menyedari dan mahu mematuhi sebaiknya perintah Ilahi. Kebanyakan mereka faham dan mengerti saranan dan contoh tauladan yang diperlihatkan oleh srikandi zaman kegemilangan Islam dahulu, kepentingan dan keperluan berhias serta berdandan di hadapan suami. Berpenampilan menarik untuk memikat sukma si jantung hati.

Akan tetapi bukan semua dapat memahami dan mencontohi corak pakaian dan penampilan wanita-wanita solehah ini di luar rumah tangga, lebih-lebih tanpa kehadiran suami di sisi ketika bekerja dan sebagainya.

Kerana itu, ramai wanita hari ini walaupun memakai tudung ketika keluar dan bekerja tetapi masih bersolek dan berwangi-wangian dengan aroma menusuk jiwa; sedangkan mereka tahu bahawa keadaan itu menjadi daya ketertarikan dan membangkitkan syahwat lelaki.

MARI BANTU DIRI DAN SUAMI
Mungkinkah kerana itu, wanita-wanita solehah semakin sukar kedapatan dalam dunia hari ini ? Dek bertahan memegang yang syari’e cukup sukar dan penuh duri umpama menggenggam bara api, hampir terlepas kerana kepanasannya yang tak terperi.

“ Jangan putus asa. Selagi masih bernyawa, selama itu gelaran Solehah masih boleh diraih dan dicapai,” demikian sering suami memujuk tatkala terasa diri bagaikan jauh dari ciri-ciri wanita solehah, penyejuk di mata, penawar di hati.

Justeru, mari kita berusaha semampu daya untuk mendapatkan kesempatan yang masih ada ini. Tanpa rasa pesimis ataupun khuatir. Mari kita bantu diri dan suami tercinta. Bukan hanya dari sudut materi, tetapi juga dari sudut rohani sebagai bekal kemudian hari.

Biarlah orang memandang kita sebagai naïf dalam berfesyen arus semasa di luar rumahtangga, tetapi di depan suami kita adalah isteri yang ‘daring’ dan manja. Bukan bermaksud perlu selekeh dan comot, tetapi cukuplah sekadar berpenampilan bersih, rapi dan kemas di luar rumahtangga. Itu sebenar tuntutan agama.
Kecantikan itu bukan dilihat dari fizikal semata, tetapi kecantikan itu timbul dari dalam hati, beserta kebaikan terhadap manusia dan kepatuhan kepada Yang Maha Mencipta.

Andai ingin terus bersama hingga ke syurga, mudah-mudahan ketaatan dalam menyempurnakan penutupan aurat ini dapat membantu menuju bahagia di sana. Bersama suami tercinta.

"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kalian untuk menutupi aurat kalian dan pakain indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasan ALLAH SWT.Mudah-mudahan mereka sellau ingat." ( Surah al-A'raf ayat 26 ).

Sama-samalah kita bermuhasabah diri, InshaAllah.

Friday, July 24, 2009

Kerja- Hidup - Ibadah

Assalamu'alaikum.
Lama sungguh rasanya tak di post apa2 diblog ni...kebanyakkan masa dihabiskan dengan membaca buku2 yang beli masa KLIBF dulu, membaca blog sahabat2 dan ulang alik ke kedah medical centre bawa adik buat dressing kt sana ari2 sejak dia jatuh motor...huhu

banyak perkara yang dah berlaku sejak cuti lepas final exam ari tuh.....result dah kluar Alhamdulillah lulus semua subject, dan sekarang tunggu masa surat posting sampai ke rumah. Alhamdulillah segala puji dan syukur kpd Allah swt sebab dapat posting di Kedah...cumanya tinggal hosp mana saja yang belum tau lagi. Mana2 hosp pun xkesah la kan....sbb pasti ada hikmah knp kita dicampakkan ke situ..kalo jauh maybe dpt hosp preceptor (panggil preceptor lg ke? hehe) yang baik2 hati semuanya =) atau makanan murah ke kt situ atau kalo dapat hosp yang dekat ngan rumah...dapat menghabiskan masa lagi dengan mama dan ayah..yang mungkin sampai masa nanti harus keluar dan tinggal berlainan rumah juga kan ;) Allah knows best =)

Tarikh lapor diri 1 Ogos 2009....yang jatuhnya pada hari Sabtu. Ahad adalah hari bekerja di Kedah. Jadinya secara rasmi tarikh lapor diri adalah pada 2 ogos, InshaAllah. Perasaan nak mula kerja juga becampur-baur...antara takut...betul ke aku nak kerja dah ni....cukup ke ilmu di dada....dan mcm2 lagi la...Hopefully Allah will make ease for me, ameen. yang penting bila kita buat sesuatu kerja tu, kita buat dengan ikhlas kerana Allah dan bersungguh-sungguh...dan peringatan kpd diri ni juga sentiasa merendah diri....Kerjaya sebagai farmasi ni bukan saja bagi ubat pada pesakit tapi banyak lagi yang boleh di buat. ...ubat hanyalah usaha kita dan medium kepada penyembuhan tapi yang menyambuhkan kita adalah Allah swt....jadi selain makan ubat kita juga dituntut berdoa kepada Allah =)

Kepada semua kawan2, selamat bekerja :)
sampai bertemu lagi. Salam

Wednesday, April 29, 2009

Self-reflection of the day...

Hari ini saya nak berkongsi ayat-ayat Allah buat renungan kita bersama:

"Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar dan mohonlah keampunan bagi dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang" Ghafir:55

"Sesungguhnya hari kiamat pasti datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman"

dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina" Ghafir:59-60


Sebagai peringatan buat diri saya dan juga kawan-kawan yang sedang berjuang untuk dua lagi paper; Clinical Pharmacy II pada 3 Mei dan Pharmacy Practice IV pada 7 Mei ini, dalam kita berusaha bersungguh-sungguh dengan belajar, jagan kita lupa untuk berdoa kepada Allah swt supaya segalanya dipermudahkan olehNya dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang, inshaAllah =)

Sampai bertemu kembali...
Salam =)

Friday, April 17, 2009

Pesta Buku Antarabangsa (KL International Book Fair) 2009 =)

salam semua =)

hari ini bermula lah Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. sy juga baru pulang dr pesta buku ni bersama adik saya =) ....walaupun lagi 8 hari nak exam, tp sy mesti luangkan masa ke pesta buku ni sebab bukan hari2 pesta buku ini diadakan....rasa seronok tengok ramai orang yang datang especially family yg datang bersama anak2....ibu bapa seharusnya bawa anak2 datang ke pesta2 yang macam ini...baru minat membaca dapat dipupuk semenjak kecil kan...JOM ke KLIBF!

saya juga gembira kerana dapat bersua muka dengan salah seorang penulis yang saya hormati iaitu ustaz Hasrizal Abdul Jamil. walaupun hanya berbicara sepatah dua, tapi saya sangat gembira kerana dapat juga saya bertemu dengan penulis Saifulislam.com yang selalunya saya dapat mengikuti penulisannya di alam maya sahaja =)

saya senaraikan kat sini buku2 yang telah saya beli pada hari ini...kalau ikutkan hati banyak buku yang ingin dibeli tapi hehe budget tidak cukup pulak...InshaAllah bila dah ada income boleh la membeli lagi =)

Nanti kalau ada kelapangan saya akan buat ringkasan tentang buku2 ni...hehe skarang nak kena baca untuk final exam dulu...

buku2 yg br beli dr klibf =)
~aku terima nikahnya by hasrizal abdul jamil (HAJ)
~bercinta sampai ke syurga by HAJ
~rindu bau pohon tin by HAJ
~catatan hati nik nur madihah
~riwayat bidadari syurga by munif ahmad
~jatuhnya sebuah tamadun by mohamad nurhakim
~syabab musafir kasih by fatimah syarha mohd noordin (FSMN)
~tautan hati by FSMN (dah baca tapi nk bc lg skali buku beli sendiri..hehe)
~bagaikan khadijah di hati rasulullah by zamri mohamad & imran yusof
~twilight by stephenie meyer (SM)
~breaking dawn by SM

sebagai penutup hayati kata2 dari Thomas Macaulay kat bawah ni =)
i would rather be a poor man in a garret with plenty of books than a king who did not love reading~..ahaks =)

Salam
sampai bertemu lagi =)

Sunday, April 12, 2009

some words to ponder =)

i took this from a blog of a good friend of mine that really triggers my mind...we plan..and He, Allah plans..yet He is the best planner..He knows best while we know nothing..everything's fated by Him..the serindipity..the destiny..the tears and the joys..and yet..He is always there..watching you from up above because "Allah answers prayers in three ways: He says yes and gives you what you want, He says no and gives you something better or He says wait and gives you the best in His own time."

towards an ending to a start of a new begining =)

12 days to go before my first paper of exam. this is my last examination as an undergraduate inshaAllah =) May Allah swt make ease.
Pray for me =)