Friday, April 17, 2009

Pesta Buku Antarabangsa (KL International Book Fair) 2009 =)

salam semua =)

hari ini bermula lah Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. sy juga baru pulang dr pesta buku ni bersama adik saya =) ....walaupun lagi 8 hari nak exam, tp sy mesti luangkan masa ke pesta buku ni sebab bukan hari2 pesta buku ini diadakan....rasa seronok tengok ramai orang yang datang especially family yg datang bersama anak2....ibu bapa seharusnya bawa anak2 datang ke pesta2 yang macam ini...baru minat membaca dapat dipupuk semenjak kecil kan...JOM ke KLIBF!

saya juga gembira kerana dapat bersua muka dengan salah seorang penulis yang saya hormati iaitu ustaz Hasrizal Abdul Jamil. walaupun hanya berbicara sepatah dua, tapi saya sangat gembira kerana dapat juga saya bertemu dengan penulis Saifulislam.com yang selalunya saya dapat mengikuti penulisannya di alam maya sahaja =)

saya senaraikan kat sini buku2 yang telah saya beli pada hari ini...kalau ikutkan hati banyak buku yang ingin dibeli tapi hehe budget tidak cukup pulak...InshaAllah bila dah ada income boleh la membeli lagi =)

Nanti kalau ada kelapangan saya akan buat ringkasan tentang buku2 ni...hehe skarang nak kena baca untuk final exam dulu...

buku2 yg br beli dr klibf =)
~aku terima nikahnya by hasrizal abdul jamil (HAJ)
~bercinta sampai ke syurga by HAJ
~rindu bau pohon tin by HAJ
~catatan hati nik nur madihah
~riwayat bidadari syurga by munif ahmad
~jatuhnya sebuah tamadun by mohamad nurhakim
~syabab musafir kasih by fatimah syarha mohd noordin (FSMN)
~tautan hati by FSMN (dah baca tapi nk bc lg skali buku beli sendiri..hehe)
~bagaikan khadijah di hati rasulullah by zamri mohamad & imran yusof
~twilight by stephenie meyer (SM)
~breaking dawn by SM

sebagai penutup hayati kata2 dari Thomas Macaulay kat bawah ni =)
i would rather be a poor man in a garret with plenty of books than a king who did not love reading~..ahaks =)

Salam
sampai bertemu lagi =)

4 comments:

  1. Manar mantop..ingatkn tak cukup bajet tu sbb manar bwk rm rm100 or rm 200..rupenye rm600..takpe habiskan duit kat buku..tp tak pernah terpikir nk bwk duit sebanyak tu tuk gi KLIBF..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..nampaknya saya jumpe lagi sorang kawan yang minat membaca..maybe kite bole exchange buku, kongsi ilmu..

    tapi, kenape saya baru tahu ek..da nak abes semester pun..

    ReplyDelete
  3. yerla kan intan...dah nak habes sem br tau..tp akak pernah pinjam buku intan..hehe tp blh jer kalo nak pinjam time2 cuti =)
    hazwan, xdela bawa banyak mcm tu..plus ada banker lain jugak yg ikut (adik) and CIMB pun dekat jer =)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana memiliki Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, moga-moga ia memberi kepuasan kepada Cik Puan Manar dan mereka yang membacanya.

    ReplyDelete